PEMBERITAHUAN (Tarikh Kemaskini : 7 SEPTEMBER 2017)

Sunday, 1 September 2013

PEKELILING APDM

1.Pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) Tahun 2013

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang. Menerusi APDM, terdapat pelbagai modul seperti eDaftar Rendah, eDaftar Menengah, eKehadiran dan Permohonan ke Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh.
   
1.1  Peranan Dan Tindakan Pembantu Tadbir-Bertanggunjawab kepada e-kehadiran
1.2  Peranan Dan Tindakan Guru Kelas-Bertanggungjawab kepada data dan maklumat murid
1.3  Peranan Dan Tindakan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan-Bertanggungjawab sebagai 
        Pentadbir dalam APDM
 1.1  Peranan Dan Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah-Bertanggungjawab kepada semua proses 
         Mudol
 1.1  Peranan Dan Tindakan Jabatan Pendidikan Negeri-Bertanggungjawab kepada semua proses 
         Mudol
 1.1  Peranan Dan Tindakan Bahagian-Bahagian di KPM-Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan 
         APDM

(Klik di sini) untuk pekeliling APDM