PERHATIAN GURU SPBT SMK/SK/SJKC : PERMOHONAN PESANAN TAMBAHAN UNTUK BUKU TEKS CICIR 2014
Bagi sekolah yang menghadapi masalah buku teks kurang akibat keciciran dalam pesanan ( BTBTR190/170) atau kekurangan dalam penghantaran oleh pembekal adalah dipohon untuk mengisi Borang Pesanan Tambahan Buku Teks (BPTBT ). Guru SPBT perlu menyemak dengan teliti penyata BTBTR190 ,BTBTR460 dan Delivery Order pembekal bagi mengesan keciciran yang berlaku. Selepas tempoh yang diberikan untuk membuat pesanan tambahan tamat, pihak sekolah akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keciciran yang berlaku. Guru SPBT hanya perlu mengisi jumlah buku yang dikhendaki dalam ruangan "Jumlah Dipohon". Borang ini perlu dihantar sebelum atau pada 3 Oktober 2013 ke Unit HEM sama ada melalui softcopy ke email upkpadawan@gmail.com atau hardcopy ke Unit HEM. Untuk mendapat salinan surat dan borang secara softcopy, sila klik pada pautan di bawah. Surat asal dan borang akan menyusul ke sekolah selepas ini. Sekian, harap maklum.Daripada: En. Akihito Hj Nawawi, Unit PPK
(Klik di sini) Untuk Surat Siaran dan Borang BPTBT